Mohd Asri Zainul Abidin
Mohd Asri Zainul Abidin

Mohd Asri Zainul Abidin

YBhg Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (lahir 1 Januari 1971 ) ialah seorang profesor madya fakulti pengajian islam di Universiti Sains Malaysia[1] , bekas Mufti Perlis dan dilantik semula sebagai Mufti Perlis pada tahun 2015 menggantikan Dato Dr Juanda Jaya yang telah tamat kontrak. Beliau juga merupakan kolumnis Minda Dr. Maza atau "Pena Mufti" dalam akhbar Mingguan Malaysia semenjak 11 Mac 2007. Segala penulisan beliau dibukukan di dalam sebuah buku bertajuk "Mengemudi Bahtera Perubahan Minda - Edisi Baharu" terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Kumpulan Utusan yang dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad pada 21 April 2010.[2]

Mohd Asri Zainul Abidin

Pekerjaan Profesor Madya Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia
Didahului oleh Mat Jahaya Hussin
Digantikan oleh Juanda Jaya
Anugerah Darjah Kebesaran Seri Sirajudin Perlis (SSP), Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Ke-62 DYMM Tuanku Raja Perlis,
Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis 1427H,
Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis Tahun 1429H,
Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Universiti Sains Malaysia 1430H
Laman sesawang Minda Tajdid
DrMAZA.com
Pendidikan B.A., M.A., Ph.D. (2003)
Kelahiran (1971-01-01) 1 Januari 1971 (umurĀ 49)
Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang, Malaysia
Pusat pendidikan Universiti Jordan, Amman (B.A)
Universiti Sains Malaysia (M.A)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Ph.D.)